Pihak-pihak dan para penandatangan yang terlibat Perjanjian_Iklim_Paris

Setakat Disember 2016, sebanyak 194 negara yang turut disertai Kesatuan Eropah telah menandatangani Perjanjian ini. 148 pihak telah mengesahkan atau bersetuju dengan Perjanjian ini, terutamanya China, Amerika Syarikat (meskipun ia kini berniat meninggalkan perjanjian tersebut) dan India yang merupakan negara-negara yang terbanyak mengeluarkan gas rumah kaca di kalangan para penandatangan (sebanyak 42% keseluruhannya).[21][22]